Assalamulaikum & Salam Sejahtera,....
Saya sekadar mahu berkongsi cerita bersama kalian semua. Ini merupakan cek pertama saya daripada syarikat Adbrite Inc. Cek ini tiada kena mengena dengan program My HomePageFriends. Cek Ini adalah hasil daripada saya menjadi seorang Publisher.
Anda tertanya-tanya bukan. Bukankah saya dah beritahu dulu, dunia Internet memberikan ruang yang seluas2nya untuk kita menjana kewangan kita. Baiklah, terus-terang saya kata, memanglah hasilnya tak begitu banyak. Sekadar berapa senla sangat. Hehehe..
Baiklah, sekadar perkongsian, apakah itu Publisher ??
Publisher merupakan satu program pengiklanan di mana kita menjadi pengiklan yang akan mengiklankan iklan daripada advertiser. Iklan2 berkenaan akan diletakkan di website or blog anda. Oleh itu, kepada pengunjung yang melawat blog mahupun website anda itu, apabila terlihat iklan berkenaan lalu mengklik iklan itu, anda mendapat komisen. Nampak mudahkan.
Tidak mudah yang disangka. Saya pun mengambil masa 6 bulan barulah dapat cek ini. Pokok pangkalnya dont give up. Hehehe.. Belajar daripada yang pakar. Beli e-book panduan mereka. Jangan takut melabur dalam bidang-bidang ini. Maksud saya pelaburan untuk mendapatkan kemahiran, teknik dan ilmu yang betul membuat duit melalui internet.
Sekian sahaja, terima kasih kerana sudi membaca. Salam...